banner14

Selamat Datang Ke Laman Ilmu KWP


LATAR BELAKANG

Pusat Sumber KWP diwujudkan pada tahun 1979, selaras dengan penubuhan KWP. Walaubagaimanapun, pada tahun 1981 pusat sumber tersebut telah dimansuhkan tetapi diwujudkan kembali pada tahun 2004. Pusat Sumber KWP bertanggungjawab untuk membina, memelihara dan menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan berkaitan kementerian dan agensi dibawahnya kepada pegawai dan kakitangan. Sehingga kini, Pusat Sumber KWP yang berkeluasan 24 x 78 kaki persegi, mempunyai koleksi bahan rujukan melebihi 3800 naskah yang merangkumi bidang perancangan bandar, ukur dan pemetaan, perundangan tanah, pengangkutan, kesejahteraan bandar, pengurusan, teknologi maklumat dan bahan rujukan umum. Unit ini diketuai oleh seorang Pustakawan S41/44 dan dibantu oleh seorang Pembantu Pusat Sumber S19.

OBJEKTIF

1. Membangun dan mengurus koleksi sumber maklumat dan rujukan berkaitan Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya melalui pengurusan maklumat yang sistematik dan berkesan.
2. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan Pusat Sumber dalam melaksana aktiviti perancangan, penyelidikan, rekreasi minda dan pembelajaran sepanjang hayat bagi mencapai visi kementerian.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memastikan urusan pendaftaran buku baru dilaksanakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan .
2. Menguruskan pinjaman dan pemulangan buku dalam tempoh 7 minit melalui sistem dan 10 minit secara manual.
3. Mengeluarkan peringatan kepada peminjam yang tidak membuat pemulangan buku melebihi 40 hari

PERKHIDMATAN

1. Keahlian - Keahlian terbuka kepada warga KWP. Borang keahlian boleh diperolehi di kaunter Pusat Sumber KWP.

2. Pinjaman dan Pemulangan
Kategori Bahan Rujukan
Kelayakan Pinjaman
Tempoh Pinjaman
Kelayakan Pembaharuan
Kump. P & P
Ke Atas
Kump. Sokongan
1 & 2
Kump. P & P
Ke Atas
Kump. Sokongan
1 & 2
Semua Gred
Jawatan
Rak Terbuka (Open Shelf)
10 Buku
8 Buku
30 Hari
30 Hari
Sekali
Rujukan (Ref)
3 Buku
2 Buku
5 Hari
5 Hari
Sekali
Jurnal/Majalah
3 Jurnal/
Majalah
2 Jurnal/
Majalah
3 Hari
3 Hari
Sekali
Pinjaman Berkelompok
5 Buku
5 Buku
14 Hari
14 Hari
Sekali
Pinjaman Antara Perpustakaan
5 Buku
5 Buku
14 Hari
14 Hari
Sekali

PINJAMAN BERKELOMPOK

Pusat Sumber KWP menyediakan buku yang dipinjam secara berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Peminjam bertanggungjawab terhadap buku yang dipinjam dan tertakluk kepada syarat dan peraturan Pinjaman Berkelompok.

SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (Inter-Library Loan)

Pusat Sumber KWP menyediakan perkhidmatan pinjaman buku antara perpustakaan. Perkhidmatan ini membolehkan warga KWP meminjam buku dari mana-mana perpustakaan yang menyertai sistem ini untuk digunakan di KWP.

PERKHIDMATAN KESEDARAN SEMASA (Current Awareness Service)

Pusat Sumber KWPKB akan sentiasa membuat hebahan mengenai buku rujukan/majalah/keratan akhbar terkini kepada warga KWP melalui emel dan pameran di Pusat Sumber KWP.

PERATURAN AM

1. Pengguna diwajibkan memakai kad pas keselamatan atau pas pelawat semasa berada di Pusat Sumber.
2. Pusat Sumber tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan dan kerosakan barangan peribadi pengguna semasa berada di Pusat Sumber.
3. Makan, minum, merokok, membuang sampah dan vandalisma adalah dilarang semasa berada di Pusat Sumber.
4. Pengguna dilarang mengalihkan kedudukan perabot dari tempat asal dan tidak dibenarkan membawa keluar aset Pusat Sumber.
5. Pengguna (Ahli Berdaftar) hendaklah memulangkan semua buku yang dipinjam dalam tempoh seminggu sebelum tarikh bersara, meletak jawatan atau bertukar jabatan.
6. Pelawat/pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber hendaklah membawa surat rujukan dari majikan/IPTA.
7. Pengguna perlu sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Staf Pusat Sumber berhak mengarahkan pengguna keluar jika arahan tidak dipatuhi.

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:

Pustakawan 03-88927707 Emel: [email protected]
Pembantu Pustakawan 03-88927706 Emel:[email protected]

Log in to your account:

Don't have an account? Register here.

Everything can be customized

You can customize every corner of your OPAC , you can add whatever you wish to add here .
A facebook fan page ? here is it : ( don't miss to give us a like there )

Powered by Koha